MBJ BHEUU

Aktiviti


SESI PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN SEBAGAI WAKIL PEKERJA MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI BAGI SESI JUN 2022 HINGGA MEI 2024.



Sesi penyerahan Surat Pelantikan Sebagai Wakil Pekerja Bersama Jabatan (MBJ) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri bagi sesi Jun 2022 hingga Mei 2024 telah diadakan di Pejabat Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi MBJ.


Pihak Pekerja telah diwakili oleh Encik Yasit bin Abd Razak selaku Pengerusi Wakil Pihak Pekerja merangkap Naib Pengerusi MBJ dan Puan Yusnita Wagino yang merupakan Setiausaha Wakil Pihak Pekerja merangkap Setiausaha Bersama MBJ. Turut juga hadir bersama dan Puan Azlin binti Azizan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan pihak urus setia MBJ.


Responsive image

Gambar 1: YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood (Ketua Pengarah BHEUU JPM) telah menyerahkan surat pelantikan kepada Encik Yasit bin Abd Razak (Naib Pengerusi MBJ) diiringi oleh Puan Azlin bin Azizan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengursan) BHEUU JPM



Responsive image

Gambar 2: YBhg. Datuk Abd Syukor bin Mahmood, Ketua Pengarah BHEUU JPM telah meyerahkan surat pelantikan kepada Puan Yusnita binti Wagino, Setiausaha Bersama MBJ diiringi oleh Puan Azlin bin Azizan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengursan) BHEUU JPM