BHEUU

Aktiviti


MESYUARAT PRA-MAJLIS BERSAMA JABATAN, BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI BIL. 2 TAHUN 2022



Mesyuarat Pra-Majlis Bersama Jabatan (Pra-MBJ) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (MBJ, JPM) diadakan bertujuan untuk membuat persiapan awal bagi membincangkan usul-usul baharu yang dibawah oleh wakil pihak pekerja sebelum mesyuarat MBJ diadakan. Mesyuarat Pra-MBJ BHEUU JPM Bil. 2 Tahun 2022 telah diadakan pada 28 Julai 2022 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 10, BHEUU JPM.


Mesyuarat tersebut telah dihadiri semua wakil pihak pekerja dari BHEUU, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) diseluruh Malaysia yang dilaksanakan secara fizikal dan secara video conference (VC). Turut juga hadir adalah wakil pengurusan setiap Jabatan bagi mewakili Jabatan masing-masing untuk membincangkan isu-isu baharu yang dibawa oleh pihak pekerja sebelum diputuskan sama ada isu-isu akan digugurkan, di bawa untuk perbincangan mengikut Jabatan masing-masing atau akan dibawa ke mesyuarat MBJ BHEUU JPM.


Dalam mesyuarat ini terdapat terdapat 20 usul secara keseluruhannya telah dibentangkan oleh wakil pihak pekerja dari BHEUU, JBG dan MdI untuk dibincangkan. 15 usul telah dipersetujui untuk dibincangkan di peringkat Jabatan masing-masing manakala 5 usul setuju untuk di bawa ke mesyuarat MBJ. Butiran usul yang dibincangkan dan diputuskan boleh dimuat naik di dalam senarai dokumen yang terdapat dalam laman sesawang MBJ.


Responsive image

Gambar 1: Sesi bergambar sebahagian Wakil Pekerja bersama sebahagian Wakil Majikan selepas mesyuarat Pra-MBJ BHEUU JPM