MBJ BHEUU

Aktiviti


MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN BHEUU BIL. 2 TAHUN 2022



Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) BHEUU Bil. 2 Tahun 2022 telah diadakan pada 24 Ogos 2022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) selaku Pengerusi MBJ yang kemudiannya diteruskan oleh YBhg. Dato’ Wan Jeffry bin Kassim, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Perdana Menteri disebabkan YBhg. Datuk Pengerusi terdapat tugasan rasmi lain yang tidak dapat dielakkan.


Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato’ Anita binti Harun, Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi daripada BHEUU, MdI dan JBG. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang pertama bagi lantikan Wakil Pihak Pekerja Sesi 2022 – 2024. Antara intipati Mesyuarat adalah seperti yang berikut:


  • Memaklumkan intipati amanat YAB Perdana Menteri Malaysia Sempena Perasmian Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian Dan Harapan pada 21 Ogos 2022 di Pusat Konvensyen Putrajaya;
  • Memaklumkan berhubung Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2022 pada 17 Ogos 2022;
  • Pemakluman Surat Pekeliling/Surat Edaran/Arahan Pentadbiran/Peraturan Berkaitan Perkhidmatan Awam yang diumumkan oleh Kerajaan, iaitu:
    1. Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam melalui surat JPA bertarikh 9 Ogos 2022;
    2. Peringatan Berkaitan Arahan Larangan Membuat Pernyataan Awam Oleh Pegawai Awam melalui surat JPA bertarikh 8 Ogos 2022
  • Membincangkan usul baharu yang dibawa oleh Pihak Pekerja dan keputusan yang dicapai adalah seperti yang berikut:
    1. Mesyuarat bersetuju mewujudkan Laman sesawang Majlis Bersama Jabatan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang;
    2. Pengagihan lot parkir kereta kepada pegawai BHEUU, JBG dan MdI yang layak;
    3. Arahan kepada pegawai dalam melaksanakan suatu tugas rasmi diberikan secara bertulis dan dikeluarkan melalui emel rasmi. Walau bagaimanapun, arahan melalui aplikasi whatsapp adalah rasmi selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian PO.1.1.2 Panduan Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat menyebutkan salah satu mekanisme perhubungan untuk memudahkan urusan Kerajaan ialah melalui telefon bimbit. Ini bagi membolehkan pegawai melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Para pekerja boleh membuat screenshot arahan tersebut untuk disimpan sebagai bukti. Bagi tujuan minit susulan melalui emel, komunikasi antara pegawai perlu ditingkatkan;
    4. Panggilan bertugas semasa menghadiri latihan/bengkel/ceramah. Mesyuarat bersetuju bahawa perkara ini adalah tertakluk kepada budi bicara penyelia/Ketua Jabatan masing-masing; dan
    5. Penubuhan Jawatankuasa Kecil Pihak Pekerja MDI dan JBG Peringkat Cawangan Negeri. Mesyuarat bersetuju supaya surat panggilan mesyuarat jawatankuasa kecil dikeluarkan oleh Naib Pengerusi MBJ BHEUU kepada Pihak Pekerja untuk diedarkan kepada wakil negeri/cawangan yang terlibat dan mesyuarat jawatankuasa kecil dilaksanakan secara dalam talian yang tidak melibatkan implikasi kewangan.


Responsive image

Gambar 1: Sesi bergambar Wakil Pihak Pekerja bersama Pengurusan Tertinggi BHEUU, JBG dan MdI sebelum Mesyuarat MBJ BHEUU JPM Bil. 2 Tahun 2022



Responsive image

Gambar 2: Semasa sesi perutusan Pengerusi MBJ BHEUU JPM oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood



Responsive image

Gambar 3: Semasa sesi perbincangan di dalam Mesyuarat MBJ BHEUU JPM Bil. 2 Tahun 2022

col-sm-4