MBJ BHEUU

Aktiviti


PERBINCANGAN USUL PENGAGIHAN LOT PARKIR KERETA PEGAWAI BHEUU, MDI DAN JBG



Mesyuarat MBJ BHEUU Bil. 2 Tahun 2022 telah diadakan pada 24 Ogos 2022 yang mana melibatkan Wakil Pekerja dan Wakil Majikan daripada BHEUU, JBG dan MdI. Antara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah usul baharu berhubung pengagihan parkir kereta kepada pegawai-pegawai di BHEUU, JBG dan MdI yang berkelayakkan tetapi tidak memperolehi designated parking. Di dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan bahawa perbincangan lanjut akan dibuat oleh Wakil Pihak Pekerja bersama Unit Khidmat Pengurusan (UKP) BHEUU.


Oleh itu, Wakil Pihak Pekerja telah mengadakan sesi perbincangan pada 2 September 2022 bersama pihak UKP untuk membincangkan dengan lebih lanjut berhubung perkara ini. Sesi perbincangan tersebut dihadiri oleh Encik Yasit bin Abd Razak, Puan Yusnita binti Wagino dan Encik Wan Hasrul Effendy bin Sulaiman bagi Pihak Pekerja manakala pihak UKP dihadiri oleh Encik Muhammad Daniyal bin Abd Kadir. Hasil daripada perbincangan tersebut, pihak UKP telah menyediakan 13 petak parkir kosong untuk diberikan kepada pegawai-pegawai yang mempunyai kelayakkan dan tidak mempunyai designated parking. Dua petak parkir kosong tersebut berada di aras B2 dan 11 petak kosong yang lain berada di aras B3. Di dalam perbincangan tersebut juga dimaklumkan bahawa tiada tuntutan daripada pihak JBG dan MdI kerana petak parkir yang sedia ada mencukupi untuk pegawai-pegawai yang berkelayakkan Jabatan tersebut.


Perkara ini telah dimaklumkan kepada pegawai-pegawai yang berkenaan pada 7 September 2022 untuk mendapatkan butiran pegawai-pegawai tersebut dan pada 9 September 2022 satu e-mel telah dihantar kepada pihak UKP mengandungi senarai Pegawai yang berkelayakan yang memerlukan designated parking untuk tindakan selanjutnya yang melibatkan keseluruhannya 8 orang pegawai dari BHEUU. Pada 6 Oktober 2022 pihak UKP telah memaklumkan bahawa petak parkir bagi kesemua permohonan adalah di Aras B3 dan boleh meletakkan kenderaan di petak parkir tersebut pada keesokkan harinya. Usul ini dianggap selesai dan jika terdapat permohonan baharu pihak berkenaan perlu mengemukakan permohon tersebut terus kepada pihak UKP BHEUU.