MBJ BHEUU

Aktiviti


PERBINCANGAN CADANGAN UNTUK MEWUJUDKAN LAMAN SESAWANG (WEBSITE) BAGI MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BHEUU JPM



Mesyuarat MBJ BHEUU Bil. 2 Tahun 2022 telah diadakan pada 24 Ogos 2022 yang melibatkan Wakil Pihak Pekerja dan Wakil Pihak Majikan daripada BHEUU, JBG dan MdI. Antara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah usul baharu berhubung mewujudkan laman sesawang (website) MBJ BHEUU. Di dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan bahawa perbincangan lanjut akan dibuat oleh Wakil Pihak Pekerja bersama pihak Seksyen Pengurusan Maklumat (SPM) BHEUU.


Oleh itu, Wakil Pihak Pekerja telah mengadakan sesi perbincangan pada 2 September 2022 bersama pihak SPM BHEUU untuk membincangkan dengan lebih lanjut berhubung perkara ini. Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Encik Yasit bin Abd Razak, Puan Yusnita binti Wagino dan Puan Khairul Azwati binti Bukhari bagi Pihak Pekerja manakala pihak SPM dihadiri oleh Encik Mohd Faizal bin Marzuki. Hasil perbincangan tersebut pihak SPM BHEUU secara dasarnya telah bersetuju untuk mewujudkan laman sesawang tersebut dan dijangka fasa pertama laman sesawang MBJ BHEUU akan siap pada penghujung September 2022.