MBJ BHEUU

Aktiviti


MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI BIL. 3 TAHUN 2022



Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) BHEUU Bil. 3 Tahun 2022 telah diadakan pada 3 November 2022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) selaku Pengerusi MBJ.


Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato’ Anita binti Harun, Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), YBhg. Dato’ Wan Jeffry bin Kassim, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman dan pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi daripada BHEUU, MdI dan JBG.


YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood memberi amanat kepada semua Wakil Pekerja dan diikuti dengan kata-kata aluan daripada Naib Pengerusi Pihak Pekerja, Encik Yasit Bin Abdul Razak.


Naib Pengerusi memaklumkan kepada Mesyuarat, Pra Mesyuarat MBJ telah diadakan pada 2 November 2022. Semua wakil Pekerja sama ada di peringkat Ibu Pejabat atau ZON telah mengemukakan usul-usul daripada pekerja yang diwakilinya.


Usul yang dibincangkan melibatkan pelbagai isu antaranya kebajikan, pentadbiran ke arah untuk melicinkan pengurusan kerja Pekerja. Antara usul yang dibincangkan seperti yang berikut:


  1. Pengimbas kad;
  2. Keselamatan di ruangan kaunter;
  3. Kursus Asas Kebakaran;
  4. Penggunaan tulisan dan ayat dalam e-emel rasmi;
  5. Hebahan salam perkenalan pegawai baharu melapor diri di BHEUU;
  6. Pintu-pintu tidak ditutup dengan rapat;
  7. Membekalkan Baju Hujan dan Beg Dokumen kepada Penghantar Notis;
  8. Kursus Penyediaan Afidavit kepada Penghantar Notis;
  9. Kakitangan yang merokok di tangga kecemasan;
  10. Pintu cermin di Blok Utara; dan
  11. Arahan Perpindahan Pegawai

Semua usul dibincangkan dengan harmoni dan mencapai kata sepakat ‘menang-menang’ antara Pihak Majikan dan Pihak Pekerja.


Pihak Pekerja merakamkan penghargaan kepada Pihak Majikan yang sedia mendengar luahan dan setiap usul yang dibentangkan. Pihak Pekerja juga menerima sebarang teguran daripada Pihak Majikan dengan berlapang dada ke arah penambahbaikan.


Responsive image

Gambar 1: YBhg. Datuk Abdul Shukor Mahmood menyampaikan kata-kata aluan sebagai Pengerusi MBJ


Responsive image

Gambar 2: Semasa sesi pembentangan usul-usul baharu oleh wakil Pihak Pekerja


Responsive image

Gambar 3: Semasa sesi pembentangan Laman Web Rasmi MBJ BHEUU kepada semua ahli mesyuarat


Responsive image

Gambar 4: Semasa sesi perbincangan berhubung perkara-perkara lain dan penambahbaikan bagi Mesyuarat MBJ seterusnya.