MBJ BHEUU

Aktiviti


MAJLIS PERASMIAN LAMAN WEB RASMI MAJLIS BERSAMA JABATAN, BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI



Semasa Pra Mesyuarat Majlis Bersama MBJ Bil.2 Tahun 2022 pada 28 Julai 2022, salah satu wakil Pihak Pekerja telah mengusulkan berhubung keperluan satu laman web rasmi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) diwujudkan untuk dijadikan sebagai platfom yang khusus bagi membolehkan pihak pekerja mengemukakan sebarang usul, cadangan atau penambahbaikan kepada wakil Pihak Pekerja. Usul ini telah disambung baik oleh semua wakil Pihak Pekerja dalam mesyuarat tersebut dan telah dibincangkan dan bersetuju untuk di bawa ke Mesyuarat MBJ BHEUU Bil. 3 Tahun 2022.


Oleh itu, semasa Mesyuarat MBJ BHEUU Bil. 3 Tahun 2022 pada 24 Ogos 2022, usul ini telah dibentangkan oleh Pihak Pekerja kepada wakil Pihak Majikan dan mendapat persetujuan untuk diwujudkan satu laman web rasmi MBJ BHEUU yang dikendalikan oleh Pihak Pekerja dengan bantuan daripada pihak Seksyen Pengurusan Maklumat (SPM) BHEUU untuk pembangunan laman web tersebut. Dalam sesi mesyuarat itu juga, telah dibincangkan bahwa laman web ini bukan sahaja digunakan sebagai medium aduan namun juga akan digunakan sebagai medium komunikasi untuk makluman tentang kewujduan MBJ BHEUU dan aktiviti yang telah dilaksanakan termasuk status terkini usul-usul yang telah dibawa MBJ BHEUU dari tahun 2020 sehingga yang terkini.


Susulan daripada mesyuarat tersebut, Pihak Pekerja telah melaksanakan beberapa siri perbincangan bersama pihak SPM pada 2 September 2022 dan 28 Oktober 2022 berhubung pembangunan laman web tersebut dan terdapat beberapa proposal dan input telah diberikan oleh Pihak Pekerja untuk memastikan laman web tersebut dibangunkan dengan baik dan boleh memberi manfaat kepada Pihak Pekerja dan Pihak Majikan. Selepas siri perbincangan tersebut, pihak SPM bersetuju untuk menunaikan hasrat pihak Pekerja untuk merasmikan laman web tersebut pada mesyuarat MBJ BHEUU Bil. 3 Tahun 2022.


Seterusnya, pada Mesyuarat Pra-MBJ BHEUU Bil. 3 Tahun 2022 pada 2 November 2022, wakil Pihak Pekerja telah sebulat suara bersetuju supaya sesi perasmian Laman Web Rasmi MBJ BHEUU diadakan selepas mesyuarat MBJ BHEUU Bil.3 Tahun 2022 selesai. Perkara tersebut telah dizahirkan pada Mesyauarat MBJ BHEUU Bil.3 Tahun 2022 pada 3 November 2022 yang mana ahli mesyuarat secara keseluruhannya bersetuju untuk Lamab ini dirasmikan selepas sahaja mesyuarat MBJ selesai. Sesi perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Pengerusi MBJ BHEUU merangkap Ketua Pengarah BHEUU dan saksikan oleh YBhg. Dato’ Anita binti Harun, Ketua Pengarah, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan YBhg. Dato’ Wan Jeffry bin Kassim, Ketua Pengarah, Jabatan Bantuan Guaman (JBG).


Turut hadir dan menyaksikan majlis perasmian tersebut pegawai-pegawai pengurusan tertinggi BHEUU, MdI dan JBG dan juga wakil-wakil Pihak Pekerja daripada BHEUU, MdI dan JBG. Majlis Perasmian tersebut dizahirkan dengan sesi menandatangan oleh YBhg. Datuk Pengerusi MBJ BHEUU, YBhg. Dato’ KP MdI dan YBhg. Dato’ KP JBG. Sesi terakhir majlis perasmian adalah sesi bergambar bersama sebagai tanda kenang-kenangan majlis yang cukup bersejarah dalam MBJ BHEUU yang mana laman web rasmi yang pertama telah diwujudkan sepanjang penubuhan MBJ BHEUU.


Responsive image

Gambar 1: Sesi menandatangan sebagai sembolik Perasmian Laman Web Rasmi MBJ BHEUU oleh YBhg. Datuk Pengerusi MBJ


Responsive image

Gambar 2: Sesi menandatangan sebagai sembolik Perasmian Laman Web Rasmi MBJ BHEUU oleh YBhg. Dato’ KP MdI


Responsive image

Gambar 3: Sesi menandatangan sebagai sembolik Perasmian Laman Web Rasmi MBJ BHEUU oleh YBhg. Dato’ KP JBG


Responsive image

Gambar 4: Sesi bergambar Pihak Pekerja dan Pihak Majikan selepas Majlis Perasmian