MBJ BHEUU

Aktiviti


USUL PENGGUNAAN TULISAN DAN AYAT DALAM E-MEL RASMI



Pada Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) Bilangan 3 Tahun 2022 pada 3 November 2022 telah mencadangkan supaya hebahan dibuat mengenai tatacara penulisan emel berdasarkan kepada Arahan Pentadbiran yang dikeluarkan oleh MAMPU Bilangan 5 Tahun 2014 mengenai Penulisan Surat Rasmi, Memo dan Emel.


Susulan itu, Unit Khidmat Pengurusan BHEUU telah mendapatkan Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo dan Emel dan Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit Mesyuarat daripada pihak MAMPU. Panduan ini telah dipanjangkan kepada Warga BHEUU, JBG dan MdI pada 8 Mac 2023 seperti berikut: