MBJ BHEUU

Aktiviti


MESYUARAT PRA-MAJLIS BERSAMA JABATAN, BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN 1 TAHUN 2023



Mesyuarat Pra-Majlis Bersama Jabatan (Pra-MBJ) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (MBJ, JPM) diadakan bertujuan untuk membuat persiapan awal bagi membincangkan usul-usul baharu yang dibawah oleh wakil pihak pekerja sebelum mesyuarat MBJ diadakan. Mesyuarat Pra-MBJ BHEUU JPM Bil. 1 Tahun 2023 telah diadakan pada 2 Mac 2023 di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 10, BHEUU JPM.


Mesyuarat tersebut telah dihadiri wakil pihak pekerja dari BHEUU, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) diseluruh Malaysia yang dilaksanakan secara fizikal dan atas talian. Turut juga hadir adalah wakil pengurusan Jabatan bagi mewakili Jabatan masing-masing untuk membincangkan isu-isu baharu yang dibawa oleh pihak pekerja sebelum diputuskan sama ada isu-isu akan digugurkan, di bawa untuk perbincangan mengikut Jabatan masing-masing atau akan dibawa ke mesyuarat MBJ BHEUU JPM seterusnya.


Dalam mesyuarat ini terdapat terdapat 19 usul secara keseluruhannya telah dibentangkan oleh wakil pihak pekerja dari BHEUU, JBG dan MdI untuk dibincangkan. 12 usul telah dipersetujui untuk dibincangkan diperingkat Jabatan masing-masing manakala 7 Usul setuju untuk di bawa ke mesyuarat MBJ. Butiran usul yang diputuskan untuk di bawa ke Mesyuarat MBJ boleh dimuat naik di dalam senarai dokumen yang terdapat dalam laman sesawang MBJ. Mesyuarat MBJ BHEUU Bil.1 Tahun 2023 akan diadakan pada 21 Mac 2023 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 10, BHEUU JPM.


Responsive image

Gambar 1: Semasa Sesi Mesyuarat Pra-MBJ BHEUU Bil 1. Tahun 2023 berlangsung.


Responsive image

Gambar 2: Selepas Sesi Mesyuarat Pra-MBJ BHEUU Bil 1. Tahun 2023 berlangsung.