MBJ BHEUU

Aktiviti


PRA MESYUARAT PIHAK PEKERJA, MAJLIS BERSAMA JABATAN BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI BIL. 2 TAHUN 2023



Mesyuarat Pra-Majlis Bersama Jabatan (Pra-MBJ) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (MBJ, JPM) diadakan bertujuan untuk membuat persiapan awal bagi membincangkan usul-usul baharu oleh pihak pekerja sebelum diputuskan sama ada isu-isu akan digugurkan, dibawa untuk perbincangan mengikut Jabatan masing-masing atau akan dibawa ke Mesyuarat MBJ BHEUU JPM yang akan datang. Mesyuarat Pra-MBJ BHEUU JPM Bil. 2 Tahun 2023 telah diadakan pada 13 Julai 2023 di Bilik Mesyuarat Gemilang, Aras 6, BHEUU JPM.


Mesyuarat tersebut telah dihadiri wakil pihak pekerja dari BHEUU, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) di seluruh Malaysia yang dilaksanakan secara fizikal dan dalam talian (online). Perbincangan pada kali ini hanya melibatkan wakil pihak pekerja sahaja memandangkan perbincangan bersama pihak Pengurusan BHEUU, JBG dan MdI akan diadakan pada 20 Julai 2023 sebelum mesyuarat MBJ Bil. 2/2023 di Hotel Ancasa Royale Pekan, Pahang pada 21 Julai 2023.


Dalam mesyuarat ini, terdapat sebanyak 30 usul secara keseluruhannya telah dibentangkan oleh wakil pihak pekerja dari BHEUU, JBG dan MdI untuk dibincangkan. 14 usul telah dipersetujui untuk dibincangkan di peringkat Jabatan masing-masing manakala 16 usul setuju untuk dibawa ke Mesyuarat MBJ yang mana berapa usul telah digabungkan kerana mempunyai persamaan dan menjadi 7 usul sahaja yang dicadangkan untuk di bawa ke Mesyuarat MBJ BHEUU JPM Bil.2/2023. Butiran usul yang diputuskan untuk dibawa ke Mesyuarat MBJ boleh dimuat naik di dalam senarai dokumen yang terdapat dalam laman sesawang MBJ. Mesyuarat MBJ BHEUU Bil. 2 Tahun 2023 akan diadakan pada 21 Julai 2023 di Hotel Ancasa Royal, Pekan Kuantan, Pahang.


Responsive image

Gambar 1: Semasa Sesi Mesyuarat Pra-MBJ BHEUU Bil 2. Tahun 2023 berlangsung secara fizikal dan dalam talian (online).


Responsive image

Gambar 2: Semasa Sesi Mesyuarat Pra-MBJ BHEUU Bil 2. Tahun 2023 berlangsung secara fizikal dan dalam talian (online).


Responsive image

Gambar 3: Semasa Sesi Mesyuarat Pra-MBJ BHEUU Bil 2. Tahun 2023 berlangsung secara fizikal dan dalam talian (online).