MBJ BHEUU

Aktiviti


PRE-COUNCIL: MESYUARAT PIHAK PEKERJA, MAJLIS BERSAMA JABATAN BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI BIL. 2 TAHUN 2023



Pre-Council Mesyuarat Pihak Pekerja, Majlis Bersama Jabatan (Pra-MBJ) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (MBJ, JPM) diadakan bertujuan untuk membuat persiapan akhir sebelum pembentangan usul baharu dibuat kepada pihak pengurusan tertinggi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) sebelum mesyuarat MBJ BHEUU JPM Bil. 2/2023 diadakan. Mesyuarat Pre-Council ini telah diadakan pada 20 Julai 2023 (Khamis) di Hotel Ancasa Royal, Pekan Kuantan, Pahang.


Mesyuarat tersebut telah dihadiri wakil pihak pekerja dari BHEUU, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) diseluruh Malaysia yang dilaksanakan secara fizikal dan dalam talian (online). Sebelum mesyuarat ini diadakan Pengerusi Pihak Pekerja dan Setiausaha Pihak Pekerja telah mengadakan perbincangan awal bersama wakil pengurusan tertinggi BHEUU dan urus setia MBJ BHEUU JPM untuk memberikan pencerahan dan penjelasan awal berhubung usul-usul baharu yang akan diadakan pada Mesyuarat MBJ BHEUU JPM Bil. 2/2023.


Semasa perbincangan tersebut wakil pengurusan memakluman bahawa usul yang akan dibawa akan menjadi 5 usul sahaja memandangkan 2 usul yang lain boleh diselesaikan di peringkat Jabatan masing-masing. 5 usul tersebut adalah berkaitan dengan isu seperti berikut:


  1. Penjenamaan dan memperkasakan surau di BHEUU;
  2. Kebeneran menguruskan anak kurang upaya (OKU);
  3. Integriti berkaitan kehadiran pegawai di pejabat;
  4. Pemasangan Dashcam pada kenderaan Jabatan; dan
  5. Kelengkapan pejabat.

Perkara ini telah dibincangkan dengan lebih terperinci di dalam Mesyuarat Pre-Council bersama wakil pihak pekerja dan sebulat suara bersetuju dengan membawa 5 usul sahaja dan 2 usul yang lain iaitu berkaitan dengan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pengisian perjawatan di setiap negeri/cawangan bersetuju untuk diselesaikan di peringkat Jabatan masing-masing dan tidak akan dibawa ke Mesyuarat MBJ BHEUU JPM Bil. 2/2023 yang akan diadakan pada 21 Julai 2023 (Jumaat).


Responsive image

Gambar 1: Semasa Pre-Council: Mesyuarat Pihak Pekerja, Majlis Bersama Jabatan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Bil. 2 Tahun 2023


Responsive image

Gambar 2: Semasa Pre-Council: Mesyuarat Pihak Pekerja, Majlis Bersama Jabatan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Bil. 2 Tahun 2023


Responsive image

Gambar 3: Gambar kenangan bersama wakil Pihak Pekerja selepas Mesyuarat Pre-Council