MBJ BHEUU

Aktiviti


MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI BIL. 2 TAHUN 2023



Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) BHEUU JPM Bil. 2 Tahun 2023 telah diadakan pada 21 Julai 2023 di Hotel Ancasa Royal, Pekan, Kuantan, Pahang yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman yang menggantikan YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri yang tidak dapat hadir disebabkan tuntutan kerja rasmi lain bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).


Turut hadir bersama adalah YBrs Tuan M.Bakri Bin Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), YBrs. Dato' Che Sukri Bin Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan MdI, YBrs. Puan Azwarnida Binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi MdI, YBrs. Arleen Binti Ramly, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) Jabatan Bantuan Guaman, YBrs. Tuan Zaim Bin Md Yudin, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Jabtan Bantuan Guaman, YBrs. Puan Azlin Binti Azizan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU dan Pegawai-Pegawai Kanan pengurusan dari BHEUU, MdI dan JBG dan semua Wakil Pihak Pekerja.


Mesyuarat MBJ sebagai suatu medium antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja untuk membincangkan usul-usul atau cadangan daripada Pihak Pekerja terutama melibatkan perkara kebajikan, pentadbiran ke arah untuk melicinkan pengurusan kerja Pekerja dan meningkatkan prestasi Jabatan. Antara usul-usul baharu yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:


  1. Penjenamaan dan memperkasakan surau di BHEUU;
  2. Kebeneran menguruskan anak kurang upaya (OKU);
  3. Integriti berkaitan kehadiran pegawai di pejabat;
  4. Pemasangan Dashcam pada kenderaan Jabatan; dan
  5. Kelengkapan pejabat.

Semua usul dibincangkan dengan harmoni dan mencapai kata sepakat ‘menang-menang’ antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja bagi memastikan kebajikan pekerja diberi perhatian sewajarnya dan prestasi dan kelicinan organisasi juga turut diutamakan dalam mencari penyelesaian yang terbaik bagi setiap usul.


Pihak Pekerja merakamkan penghargaan kepada Pihak Pegawai yang sedia mendengar luahan dan setiap usul yang dibentangkan. Pihak Pekerja juga sentiasa terbuka menerima sebarang teguran daripada Pihak Pegawai dengan berlapang dada ke arah penambahbaikan agar pekerja lebih berinovatif dan cemerlang.



Responsive image

Gambar 1: Semasa Majlis Bersama Jabatan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Bil.2 Tahun 2023


Responsive image

Gambar 2: Semasa Majlis Bersama Jabatan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Bil.2 Tahun 2023


Responsive image

Gambar 3: Gambar kenangan bersama wakil Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja