MBJ BHEUU

Aktiviti


LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM DAN CHE MINAH SAYANG



Mesyuarat Bersama Jabatan Bil. 2/2023 pada sesi ini julung-julung kali diadakan di luar Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) yang mana salah satu pengisian sesi mesyuarat kali ini adalah lawatan sambil belajar ke Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja Tengku Ampuan Besar Meriam (IKTPD) dan Che Minah Sayang. Lawatan kerja tersebut diadakan pada 21 Julai 2023 yang melibatkan wakil Pihak Pekerja dan Pegawai-Pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).


Lawatan tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja berhubung dengan operasi IKTPD serta peranannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan bagi memajukan industri kraf tenun di Negeri Pahang. Pihak kami berharap agar pendedahan tersebut dapat menyumbang kepada peningkatan pengetahuan di kalangan Pihak Pegawai serta Pihak Pekerja tentang warisan kraf tenun di negeri Pahang yang sentiasa di berikan perhatian, dipelihara dan diusahakan untuk dikembang dan dikomersialkan sama ada diperingkat domestik dan antarabangsa.



Responsive image

Gambar 1: Semasa Lawatan Sambil Belajar Di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam sedang dijalankan.


Responsive image

Gambar 2: Semasa sesi taklimat mengenai peranan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan.


Responsive image

Gambar 3: Gambar kenangan bersama tenaga pengajar dan kakitangan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam dan Che Minah Sayang