MBJ BHEUU

Aktiviti


PRA MESYUARAT PIHAK PEKERJA, MAJLIS BERSAMA JABATAN BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI, BIL. 3 TAHUN 2023 BERTARIKH 25 OKTOBER 2023



Mesyuarat Pra-Majlis Bersama Jabatan (Pra-MBJ) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (MBJ, JPM) diadakan bertujuan untuk membuat persiapan awal bagi membincangkan usul-usul baharu oleh pihak pekerja sebelum diputuskan sama ada isu-isu akan digugurkan, dibawa untuk perbincangan mengikut Jabatan masing-masing atau akan dibawa ke mesyuarat MBJ BHEUU JPM yang akan datang. Mesyuarat Pra-MBJ BHEUU JPM Bil. 3 Tahun 2023 telah diadakan pada 25 Oktober 2023 di Bilik Mesyuarat Gemilang, Aras 6, BHEUU JPM.


Mesyuarat tersebut telah dihadiri wakil pihak pekerja dari BHEUU, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) di seluruh Malaysia yang dilaksanakan secara fizikal dan dalam talian (online).


Mesyuarat Pra-MBJ Bil 3. Tahun 2023 telah membincangkan 25 usul secara keseluruhannya yang mana 14 usul telah bersetuju untuk dibincangkan diperingkat Jabatan masing-masing.


14 usul yang telah dipersetujui untuk diselesaikan di peringkat Pra-MBJ telah dipanjangkan kepada pihak Pengurusan BHEUU, JBG dan MdI pada 9 November 2023 untuk mendapatkan maklum balas lanjut. Diharapkan maklum balas yang diberikan oleh BHEUU, JBG dan MdI kelak akan disampaikan kepada pihak pekerja bagi memastikan usul yang dibawa dapat dijelaskan dan disampaikan dengan baik kepada pihak pekerja. Sekaligus dapat diselesaikan dengan baik secara menang-menang antara pihak pekerja dan majikan bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga dan kelicinan pengurusan Jabatan dapat dipertingkatkan.



Responsive image

Gambar 1: Sesi Mesyuarat Pra-MBJ BHEUU Bil 3. Tahun 2023 berlangsung secara fizikal dan dalam talian (online).


Responsive image

Gambar 2: Sesi Mesyuarat Pra-MBJ BHEUU Bil 3. Tahun 2023 berlangsung secara fizikal dan dalam talian (online).


Responsive image

Gambar 3: Sesi Mesyuarat Pra-MBJ BHEUU Bil 3. Tahun 2023 berlangsung secara fizikal dan dalam talian (online).