MBJ BHEUU

Aktiviti


MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI BIL. 3 TAHUN 2023 BERTARIKH 16 NOVEMBER 2023



Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) BHEUU JPM Bil. 3 Tahun 2023 telah diadakan pada 16 November 2023 di Dewan Saksama, BHEUU yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.


Turut hadir bersama adalah YBrs Tuan M. Bakri Bin Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), YBrs. Puan Azwarnida Binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi MdI, YBrs. Puan Arleen Binti Ramly, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) Jabatan Bantuan Guaman, YBrs. Puan Azlin Binti Azizan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU dan Pegawai-Pegawai Kanan Pengurusan dari BHEUU, MdI dan JBG dan semua Wakil Pihak Pekerja.


Majlis Bersama Jabatan merupakan satu wadah yang bertujuan untuk memperoleh seluas-luasnya kerjasama padu dan menyeluruh di kalangan pegawai dan kakitangan BHEUU, JBG dan MdI dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja dan mewujudkan suatu mekanisme jentera pentadbiran yang baik.


Sebanyak 11 usul telah dibawa ke Mesyuarat MBJ Bil. 3 Tahun 2023 dan dikategorikan kepada 4 Kategori iaitu Melicinkan Perkhidmatan, Keselamatan, Kebajikan dan Kemajuan Kerjaya. Antara usul-usul baharu yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:


  1. Pembayaran tanpa tunai (Cashless);
  2. Tidak meletakkan gambar dalam direktori di Portal Jabatan;
  3. Pintu Kaca Aras G Blok Utara dalam keadaan terbuka pada waktu rehat Solat Jumaat;
  4. Kerja lanjutan pemasangan kabel internet (dan kerja-kerja pemasangan lain pada masa hadapan);
  5. Isu keselamatan maklumat terperingkat dan kehadiran orang awam di Bangunan BHEUU (terutamanya di Seksyen Dasar & Penyelidikan) tanpa kebenaran/janji temu;
  6. Kerosakan Pintu Tandas Lelaki Aras 3 Blok Utara;
  7. Baju Batik;
  8. Bebanan kerja kakitangan;
  9. Meletakkan Kiosk Mesin ATM di Bangunan BHEUU;
  10. Pusingan kerja bagi pegawai yang berkhidmat di tempat yang sama melebihi lapan (8) tahun; dan
  11. Sekatan bagi permohonan pertukaran keluar.


Responsive image

Gambar 1: Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.


Responsive image

Gambar 2: Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.


Responsive image

Gambar 3: Semasa Majlis Bersama Jabatan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Bil. 3 Tahun 2023.


Responsive image

Gambar 4: Semasa Majlis Bersama Jabatan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Bil. 3 Tahun 2023.


Responsive image

Gambar 5: Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja.