Selaras dengan Usul yang telah dipersetujui semasa Mesyuarat MBJ Bil. 3 Tahun 2022 bertarikh 3 November 2022, Kursus Penyediaan Afidavit kepada Penghantar Notis telah berjaya diadakan pada 24 November 2022. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 29 orang secara dalam talian.
Penceramah yang telah memberi taklimat tersebut adalah Puan Rusita binti Md Lazim, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) dan Encik Asri bin Abd. Rahman Sidik, Pengarah Bahagian Pengantaraan, Litigasi dan Nasihat Sivil.