Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) BHEUU Bil. 1 Tahun 2023 telah diadakan pada 21 Mac 2023 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Wan Jeffry bin Kassim, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman.
Turut hadir bersama adalah YBrs Tuan M. Bakri bin Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), YBrs. Puan Norliza binti Zulkifli, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi MdI, YBrs. Puan Rusita binti Md Lazim, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) Jabatan Bantuan Guaman, YBrs. Puan Azlin binti Azizan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU dan pegawai-pegawai pengurusan dari BHEUU, MdI dan JBG dan semua Wakil Pihak Pekerja.
Mesyuarat MBJ sebagai suatu medium antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja untuk membincangkan usul-usul atau cadangan daripada Pihak Pekerja terutama melibatkan perkara kebajikan, pentadbiran ke arah untuk melicinkan pengurusan kerja Pekerja. Antara usul-usul baharu yang dibincangkan seperti yang berikut:
Semua usul dibincangkan dengan harmoni dan mencapai kata sepakat ‘menang-menang’ antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja.
Pihak Pekerja merakamkan penghargaan kepada Pihak Pegawai yang sedia mendengar luahan dan setiap usul yang dibentangkan. Pihak Pekerja juga sentiasa terbuka menerima sebarang teguran daripada Pihak Pegawai dengan berlapang dada ke arah penambahbaikan agar pekerja lebih berinovatif dan cemerlang.